Tuesday, 15 July 2014

peluang kedua

malam yang sunyi sepi. tapi mata tidak mengantuk walau cuba paksa untuk tidur. serasa seperti ada yang menggangu emosi dan fikiran aku. puas aku menelaah. puas aku fikirkan. jawapannya cuma kosong.

lalu, apa yang menggangu fikiran aku? entah

aku cuma terlalu memikir soal masa hadapan yang tidak pasti sehingga aku ketakutan sendiri
dan --
aku kerap kali fikirkan masa lalu sehingga aku menangis lagi



entah apa yang dicari lagi, entah dimana silapnya lagi

entah


entah

mungkin kurangnya pada hubungan aku dengan Ya Rabb

bulan mulia ini tidak banyak masa aku dipenuhi dengan aktiviti ibadah. terlalu sedikit. sepatutnya harini harus lebih baik dari semalam tapi akuu?

semakin alpa dengan tanggungjawab aku pada Nya

mungkin itu jawapan kepada hati yang tidak tenteram ini.

dan sekali hitung, masa itu terlalu pantas berlalu. tidak cukup kiranya masa yang sesingkat ini digunakan hanya untuk dibaziri dengan menyakiti rasa disakiti apatah lagi menghianati.

Tuhan,
masih ada peluang kedua untuk aku?

No comments: