Friday, 31 May 2013

Taknak jerit tapi nak tulis. mungkin panjang tapi kalau sudi baca, mekaseh!

Assalamualaikum,

Ohh ya, sedar tak sedar its already the end of May kan? So, how am i doing right now? tetiba malam ni rasa macam nak update blog. kuikui. Phewww, alhamdullilah. Settle dah satu persatu urusan nak sambung belajar. Dari se-remeh remeh hal sampai la ke hal yang besar gedabak. Setakat ni baru packing barang dalam 40% cemtu.. Haha. Apesal lembap sangat haa? Ellleeeh, lex laaa, aku nak gi puncak alam lusa kot. Bukan esok. kihkih

Macam yang korang tahu, aku dapat offer further study kat UiTM Puncak Alam dalam course Foundation Study In Science. Aku tahu course aku bunyi macam tak gempak kalau nak dibandingkan dengan korang kan? Kalau tak tak kan lah ada orang tanya, soalan yang tak best gak la nak dengar. Gaaa =,=' Takpe aaa,  aku tak kesah pun. Rezeki masing masing. Apa nak kecoh sangat kan? Aku pun dah terlebih dari bersyukur ni. Alhamdullillah =)

Mungkin entry ni agak panjang, BUT if you can spend sometimes to read the whole 'essay' I am the one who will thank you ultimately. Ahaha, dari mana nak start?

Begini, aku pas Trial SPM, takde pun nak mintak fast track Mara guna result Trial. Sebab aku rasa aku tak mampu dan tak layak. So, aku redha jelah. Walaupun, mulut cakap tak kesah tapi hati kecil? Sape yang tahu.. Ingat aku tak teringin ke nak dapat fast track Mara? Mesti aa teringin woii. Haha, apa nak buek...

Pastu, bila bukak fb sorang sorang kawan aku post dapat offer Mara la, dapat panggilan interview la. Time tu rasa macam nak deactivate je fb. Macam satu penyeksaan tengok semua tu. Aku tumpang gembira untuk diorang, mestilah happy kan tapi dalam masa yang sama mestilah dalam hati terdetik kenapa aku tak dapat macam diorang? Tipu la kalau aku tak rasa apa apa. Aku manusia biasa, ada perasaan ooo 

Dalam pertengahan bulan April cemtu, UPU ada panggil untuk interview. Bila aku check, takde satu pun nama aku yang sangkut. Sekali lagi rasa macam jatuh berdebuk. Apesal ni?? Apa teruk sangat ke aku ni? Rasa nak nanggis tapi pujuk balik hati ni cakap alaaa, takpe ni baru interview belum panggilan lagi. Pastu, dapat tahu dapat Matriks. Happy tapi tengok dpat kat Perlis. Rasa down sebab jauh sangat. Tapi, time tu mmg nak berserah, kalau UPU tak nak offer apa apa kat aku even pilihan ke-8 pun aku redha pergi matriks walaupun hati berat sebelah. 

Tup tup, pertengahan bulan Mei UPU dah keluarkan panggilan rasmi. Aku sangat nervous nak check. Sangat risau. Aku doa tolonglah bagi aku yang dekat dekat je. Asasi sains dekat UiTM. Pilihan ke-3 dalam UPU. Alhamdullillah, =)

Aku ikut kata hati dan nasihat orang terdekat. Kata hati aku lebih berat kepada asasi, jadi aku pilih asasi. So, inshaallah aku akan register as undergraduates student kat Puncak Alam 2 jun ni, hehe =)

Bila pikir pikir balik, aku rasa aku beruntung sebab tak payah nak pening pening kepala nak buat keputusan nak terima offer yang mana satu. Sebab, Allah tahu aku susah nak buat wise decision. Sebab aku risau tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Aku tahu, perjalanan aku ni baru je nak bermula. Excited tapi seriously anxious. Risau macam mana kat sana nanti... At the same time, syukur ada ramai kawan satu sekolah kat sana.

Syukur juga sebab dikurniakan parents yang begitu supportive. Terharu. Seminggu lebih jugak la, rushing rushing ke sana ke sini nak settlekan semua urusan ni. Memang banyak guna duit. Kesian tengok ayah dengan ibu. Aku sebagai anak kalau boleh sentiasa nak senangkan hati diorang. Aku taknak susahkan diorang tapi aku mampu buat apa kalau setakat tahap ni je kan? Aku mana ada duit banyak, hukhuk. Aku buat kerja part time sementara nak tunggu panggilan haritu boleh la dapat buat duit pocket sikit. Aku tolong bayarkan groceries yang ibu aku nak belikan pun ibu aku dah happy gila. Padahal tak seberapa pun kalau nak dibandingkan duit ibu yang dah keluar untuk aku. Waaa, aku dah sebak ni *tisu please

IBU AYAH,
Thank you for being very supportive to me, being there through the most challenging part in my life and sending me your du'a. Your dua is too precious for me, thank you thank you =')

Haaa, kan dah habis satu entry. Hehe, thank you for spending your time with me. Doakan kita, moga mudah segala urusan dan selamat sampai ke Puncak Alam nanti. Take care people =)

 
tengok gambar ni pun dah excited. *over aaa kau, cis

No comments: