Friday, 24 May 2013

Pencuci mulut, enak mudah dan simple, hehe

Assalamualaikum,

Hei, I am back. Haha, sebab dah lama tak update blog pastu banyak cerita tak best jadi hari ni nak kongsi benda best ngan korang semua. Ehh, best ke? ke aku je yang perasan? :s

Semalam adik aku wafiq balik dari hostel. Dia request nak makan sagu ngan creamy corn pastu ada pencicah dia yang manis tu. Disebabkan aku sorang je yang ada kat rumah dan available nak buatkan jadi aku bantai buatkan jugak. Aku bukannya reti sangat pun tapi setakat nak campak campak dalam periuk alaaaa boleh sangat. Janji rockkk brader, masuk mulut telan. HAHA

Biasanya ibu aku buat desert ni masa bulan puasa sebab dia manis and best served when chilled. Bulan puasa kan memang bapak best kalau kau dapat makan benda manis ngan sejuk tak hengat dunio. Haha

Okay dah, jom kita mula memasak yuk yuk <---- (sape tengok afc tahu la, haha)




 Bahan-bahan :

santan
gula melaka
creamy corn (biasanya dalam tin)
sagu (merah dan hijau)
air untuk merebus
sedikit garam
daun pandan

Cara membuat 

1. Mula-mula sekali panaskan air dalam periuk untuk merebus sagu. Take note, jangan campur kan sagu merah dengan sagu hijau tu ye, kan tak pasal pasal jadi benda lain pulak
2. Rebus sagu sampai kembang, bila dah nampak warna sagu tu dah nampak jernih cemtu. Lepas tu, toskan air rebusan dan basuh sagu tu untuk hilangkan kanji dia.
3. Ulang step 2 untuk sagu warna hijau pulak =)
4. Yang ni step nak buat kuah dia (aku panggil kuah je, hehe) pulak
5. Gula melaka tu korang cincang kecik kecik supaya dia cepat masak dan mudah dissolve bila masak dengan santan nanti. Alaaa, macam belajar Kimia : The smaller the size of gula melaka, The higher the rate of reaction between the santan and the gula melaka -,-








6. Masakkan gula melaka dengan santan sehingga pekat. Masukkan dua helai daun pandan untuk enhance the aroma and a pinch of salt supaya ada rasa la sikit tak aaa blank je rasa dia.
7. Haa, hati-hati ye. Selagi tak mendidih santan tu jangan berhenti kacau dia kalau tak dia akan jadi macam berbintil-bintil. Haha, aku pun tak tahu nak explain macam mana. Aku tinggalkan kejap je tak sampai 10 saat sebab nak basuh daun pandan bila tengok balik...... sobs



Its time to assemble! Mudah je, lapiskan sagu merah, pastu creamy corn, pastu sagu hijau, pastu sagu merah semula, pastu creamy corn pastu sagu hijau pulak sampai lah habis lapiskan semua bahan bahan tu. Macam kat atas tu.

Yee, aku tahu layered dia nampak tak cantik sebab nampak creamy corn tu lebih dominan kan? Renyah gila kot, sagu tu melekat lekat, maka inilah hasilnya. Hoho 

Sejukkan dalam fridge pastu boleh la makan dengan kuah gula melaka dan santan tadi ye =)
Opss, sebelum terlupa sukatan nak buat desert ni atas korang la. Ikut taste masing masing. Macam aku, disebabkan esoknya aku nak balik kampung, jadi aku buat banyak sikit la. Thats why la desert aku ni dalam bekas. Senang nak bawa balik kampung, hehe 

Mudah kan? Sila lah cuba sendiri dirumah =)
Best served when chilled and served during the tea-time!
 

No comments: