Thursday, 27 December 2012

The Cooking Magic =D

Assalamualaikum,

Hai, seperti yang udah ku janjikan semalam jika aku jadi memasak akan ku update-kan ke belog aku hari ini. Hikhik =p Memandangkan pada waktu seperti inilah waktu yang paling optimum untuk meng-update belog ditambah pula dengan idea yang mencurah-curah maka tengah malam macam nilah baru aku start ber-belog. Ahaha =D

So, hari ini aku terlebih rajin sikit nak memasak. Sebabnya, ibu ngan ayah takde kat rumah dari awal pagi sampailah ke petang, jadi space kat dapur tu memang terbuka luas untuk aku sorang je. Hahaaa. Sebelum aku tulis lagi panjang ehh, aku nak bagitahu awal-awal.. aku masak masakan yang simple je. Bukanlah menu yang ghempaks gila okay. Biasa-biasa je. Aku suka memasak tapi aku tak pandai memasak sangat. Acano tuew? So don't get yourself wrong. Suka memasak dan pandai memasak adalah dua perkara yang berbeza ye.. Fikir-fikirkan lah.. Hehe =)

Lepas bangun tidur, aku pun ke pasar mini err.. more to kedai runci kot. Ehh, entahlah. Okay, aku pun belilah barang-barang dapur. Ayam, tomato, cili kering, roti, kaya and bla-bla. Sampai rumah, aku buat breakfast dulu. Simple je, roti bakar dengan kaya. Hahaha, sebenarnya aku malas ahh nak masak yang berat-berat jap lagi tengahhari dah kena masak lagi. Hahaa =D

Lepas buat breakfast, sapu rumah, kemas bilik, bersihkan garaj kereta, cuci pinggan mangkuk semua, sambil kemas rumah tu pasang radio Hitz.fm kuat-kuat. Finish with the household chores, duduk depan tv. Flashing through the channel but takde yang menarik hati pun. Tengok jam... Hmm, lets go!

Biasanya, kalau aku nak memasak aku akan tengok resepi dekat this website : www.myresepi.com sebab resepi yang dia bagi lagi mudah nak faham and ada macam-macam. Senang nak cari pun satu hal jugak. So korang boleh la jenguk-jenguk jugak ye.

Hmm, tengahhari tu aku cuba masak Ayam masak merah. LOL, aku rasa sedap kot, sebab habis licin lah diorang makan. Hikhik =p *bangga


Ayam_msk_merah
gambar adalah ihsan dari Google. Hakhak =D

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
garam dan kunyit secukup rasa

Bahan-bahan kisar :

7-8 batang cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 labu bawang
air asam
serai
1 biji tomato potong dadu


Cara membuat ;
1. Ayam tu potong dulu, basuh bersih-bersih ye. Pastu, gaul bagi cukup perisa dengan garam dan kunyit. Goreng ayam tu half cooked only ye. Kalau terlebih masak nanti dia tak 'mesra 
' dengan kuah yang kita buat.
2. Tumis semua bahan kisar tu kecuali tomato dadu tu dengan air asam. Tumis bahan-bahan tu sampai pecah minyak dan naik bau barulah masukkan air asam dengan tomato yang telah dipotong dadu.
3. Masukkan ayam, kacau sampai kuah pekat.
4. Agak-agak dah nak siap tu, masukkan bawang yang telah dipotong bulat-bulat sebagai hiasan.
5. Siap! 

Senang kan? Tapi kan, masa aku masak aku dah gantikan air asam tu dengan pure tomato yang telah dihancurkan sebab rasa dia lebih sedap dan nampak cantik je. Ikut selera korang lah kan. Pastu, cili kering tu agak-agak selera masing-masing macam mana. Macam aku, aku letak banyak jugak cili kering sebab suka pedas-pedas ni.

Aku spend time nak masak semua ni start daripada goreng ayam sampai lah menghidang semua hanya lebih kurang 30 minit je. Percaya tak? Sekejap je kan? Konklusinya, memasak ni senang je kalau uoulss betul-betul minat taw. Campur dengan masa potong-potong bawang dengan kemas dapur lepas masak adalah dalam 45 minit je.

Alhamdullilah, seronok sangat tengok family makan sampai habis. Having a GREAT time cooked for the loved one =)

Good night people =)


p/s : sambil taip entry ni sambil tu dengar lagu Dia yang kau pilih : Shahir
Suka gila lagu ni. Try la dengar. Hehe =p

2 comments:

j.e.h.a.n. said...

tahniah..hehe sbb apa tau, saya nak msk, dr sehari ke sehari asyik tak jadi, bl dh ada bhn, x de mood plk, tak de bhn rs nk msk..ermm boleh cm tu??

psstt..tq flw sy tau

shida khalim said...

hehe, takpe.
practice makes perfect kan?
^____^