Friday, 7 December 2012

reason


Assalamualaikum,
hai korang semua :)

huhh, aku tak tahu apa motif entry aku yang ni. aku nak tulis ikut suka hati aku. bhaha -,-'

hari ini, aku rasa tak sedap badan. aku rasa pening, aku rasa panas, tekak aku rasa tak selesa.. aku tak tahu la kenapa. maybe, due to lama sangat travel sampai tidur pun tak tentu hala and makan pun tak ikut time kott =='

mood pun tak berapa baik la. adik aku sepahkan meja makan selepas penat mengemas, aku mengamuk. baju yang aku dah lipat, diorang tak simpan dalam almari, aku marah.. pastu, rasa macam nak menangis. apesal? sikit-sikit nak nangis.... huh!

so, aku pun decide petang ni nak pergi jejalan amik angin kat playground yg dekat gila ngan rumah aku nuhh. yelahh, nak dekat dua minggu cuti, baru hari ni aku keluar rumah, selama ni dok je dalam rumah. tak muncul2 di khalayak ramai. sampai kan, bila aku keluar rumah, baru perasan, pokok kat depan rumah dah kena tebang ==' surau dah cat baru, duhh!!

before singgah kat playground nuhh, aku singgah jap kat kedai sebab tekak aku ni teringin benor nak minum air milo kotak. kat maktab haruslah ni air fevret aku tiap kali pergi koop. hahaa :') habis membeli, aku pun pergi kat playground dok kat buaian, ayun perlahan-lahan sebab limit utk bdak 12 tahun kbawah je. aku ni? mak datuk terlebih umur. huhuks. sambil sedut air milo sikit-sikit aku tengok jelahh budak-budak laki bawah umur main bola. hmmm, boriiing -,-' 

ehh, ada ramai orang keluar dari surau?! apesal....?? ohh, ada orang baru lepas selamat dinikahkan. sape? aku tak kenal... haha. pastu, verangan. dream wedding aku nanti macam mana? nak kahwin ngan sape? nak ada tema mcam mana? hadoyy. dulu masa kat maktab, banyak sangat kerja sampai nak pecah kepala kau, stress sampai menangis.. la ni, takde kerja, kau asyik berangan je. duhh! lagi sekali, boriiing -,-'

aku tak tahu nak buat apa cuti ni, hujung minggu ni balik maktab jadi helpers ukkm. finally, terisi gak masa lapang ni. pastu, ada lebih kurang dua minggu untuk ke plkn. 

plkn? hmmm, aku rasa ada baiknya aku terpilih untuk jadi pelatih plkn ni. at list aku tak merepek kat rumah tanpa buat apa-apa. Allah tahu aku bukan jenis manusia yg soo in dengan public. even, aku ex-bwp. tapi, aku tak boleh laaa dengan orang ramai (esp, man).

contoh, kalau aku kerja kat kedai makan, ada macam2 jenis orang yg datang. ada lelaki yg macam mat rempit nak amik order, muka macam penyangak? ohhh, no no no aku bukan lah pemalu tahap wanita melayu terakhir sangat, tapi.. please la say no to man. kalau aku tak rapat ngan that guy tak mungkin aku akan bercakap ngan budak laki tuh... hadusss -,-'

just going with the flow. apa yang Allah beri pada aku inshaallah, itu yang terbaik :) 

doakan aku cepat sembuh, hujung minggu ni nak gi ukkm. dapat jumpa suzuran, hoooyeahh!!

okay, bye :)



No comments: