Monday, 17 December 2012

blog vs diary

Assalamualaikum,
hai semua. alamak! dah lama tak update belog, uishhh! rindu nak menulis, kongsi cerita, nangis sambil tulis entry, huaaa! pendek kata semua benda aku share kat dalam belog ni.

cakap pasal belog ni, aku start menulis belog bulan october tahun lepas. masa tu, aku tak tahu sangat pasal berbelog bagai ni. rupa belog aku dulu pun macam.. macam.. macam... (sila isi tempat kosong) yang aku tahu, kau tulis entry panjang berjela, pastu kau tekan butang publish. gaaa. sungguh tidak bermasa depan. dulu, aku suka tulis entry yang merepek. aku pun tak tahu kenapa.. mungkin sebab bila aku stress aku boleh baca balik entry lama-lama tu pastu gelak sorang-sorang. -,-

sekarang pun, aku suka jugak tulis entry yang takde faedah. hahaa, ikut suka aku lah kan nak tulis apa pun. belog aku kan?? hehee, kalau kau nak baca, kau bacalah.. kalau taknak aku pun tak kisah. huhuu.

minat nak menulis belog ni datang bila aku ada masa yg betul-betul optimum nak menulis. sebab, sekali aku nak menulis, aku akan tulis panjang-panjang sampai  aku pun tak sedar panjangnya entry aku. hahaa :D dulu, before ada belog, aku rajin gak tulis diary, serious wehh! aku ni memang suka gila tulis diary. since, aku darjah 4 aku tulis diary and semua diary aku dari dulu sampai sekarang aku tak penah buang yaww! semuanya aku simpan lagi, walaupun nak tergelak baca diary aku masa kecik-kecik dulu.

even sekarang pun, aku masih lagi menulis diary. tapi, dah jarang lah.. nak nak sekarang ni cuti sekolah, berbelog la aku 24 hours. hahaha. kalau time kat sekolah, aku selalu tulis kat dalam diary je sebab payah nak online. aku ni jenis manusia yang suka simpan perasaan, aku tak suka nak sangat nak share ngan orang. unless, to the closest person in my life. hehe. so, kewujudan diary ni amat penting bagi aku. haha. walaupun dah ada belog, aku still stick on menulis diary walaupun jarang sebab dalam diary aku boleh tulis macam-macam. tapi kat belog ni, aku kena tulis entry yang biasa-biasa je. kena jaga privasi diri sendiri gak. hehe.

biasanya buku diary aku, semuanya bulu log kecik yg hardcover tu and biasanya aku cari yang cover dia ada design yg comel-comel sikit. dalam dia, biasa-biasa je sebab aku tak suka yang warna-warni dalam dia. nanti, aku rasa sayang nak tulis dalam diary tuh. hahaha.

dalam diary aku, aku akn tulis biasanya satu page penuh. pernah sekali tuh, sampai enam page sebab lama sangat pendam perasaan. amekkaw, sekali tulis, macam peluru. haha. pastu, kalau sesuatu tu macam sedih sangat and aku tak nak ingat, aku tulis satu patah perkataan pastu dah habis. gaaaa

dan sekarang aku tak tahu nak tulis hape da. sebab aku dah ngantuk....


maka, silalah merajinkan diri untuk menulis diary seperti aku. bhahaha :)

bye !

No comments: