Thursday, 20 December 2012

to suzurans :')


Assalamualaikum,

Hehe, hari ni tetiba je aku rasa macam excited gila. Btw, surat tawaran PLKN dah sampai rumah :)

Aku taklah excited sangat sebenarnya, aku biasa-biasa sahaja. Tapi, i believe there is something good beyond this. Maybe, ada benda yang aku akan belajar kat sana nanti kan? Who knows ye tak?

Lagipun, aku tak boleh bayangkan macam mana kat sana nanti bila aku kena join aktiviti flying fox. Mesti teringat kat suzuran, tahu-tahu jelah kan macam mana suzuran masa flying fox kem jati diri kan. Senyap sunyi semua, tak dengar langsung jeritan macam excited. haha. 

Pastu, aku mesti tak boleh lupa bila aktiviti water confident nanti, teringat masa kem jati diri dulu, terkedek-kedek aku kayuh kaki dalam tasik tuh, takut tenggelam. Tenggelam timbul aku dibuatnya. Orang lain boleh guna tali, tapi aku dan the group psycho tidak :') 

Lepas tu, teringat part kena lari macam orang kurang siuman dengan pelampung oren masih melekat dekat badan, sedangkan suzuran yang lain tidak :') 

Juga tidak dapat dilupakan, menangis ditepi tong sampah hijau sedang suzuran yang lain sedang sibuk menyiapkan menu masakan rimba. Perut sudah membuat musical kelas pertama kerana jam sudah menunjukkan pukul tiga petang tetapi belum sebutir nasi pun menjengah perut. Dari pagi hanya berbekalkan sebiji pisang dan air suam. sobsobs :')

Akan ku ingati juga, saat meneguk air paip sampai nak kembung perut sebab takut kena marah dengan kem komanden :') 

Momen menelan air budu koko yang sedap bangeeeet sehingga kembang tekak aku, yucksss, meloyakan! Haha

Momen disembunyikan didalam cabin, lepas tu ngantuk gila. Tn Redhuan datang, mengugut kami ' dah buat salah, boleh pulak tidur ' sorry lah Tn, malam masih muda. Hikhik :p 

Yang pastinya, saat paling tidak dapat dilupakan Group psycho, aku, nadee, farah, syafi, yus, fikah dan ecah membantu dyan naik dari tebing :') Bertungkus lumus dyan berusaha sampaikan kena tengking. Aku diacukan dengan pisau oleh jurulatih yang tahap gaban psycho aku. Grr -,- (hari uh, aku jumpa jurulatih tu kat Kuantan Parade, haha)

LOL, thank you suzuran. This would be the unforgettable memory ever :) Please pray for me, May Allah will ease my bisnes. Hopefully, I will be stay healthy and in a good condition so that i can do all the activities well. 

Here we go, wirawati negara! KEM PLKN LATIHAN CHENEH CEMERLANG, KEMAMAN =)



p/s : tapi kan, kem tuh 4.8 KM dari kampung aku kot. Haish, dekat sangat kot -,-'

No comments: