Friday, 30 November 2012

sujud syukur

Assalamualaikumm,
haii uoulss :)

hey, its already 1 o'clock in the morning ! wah wah, shida is an owl, hikhik :) ehh, tak owl mana lah, kat maktab kau pernah tidur lagi lewat laahhh, hehe :p

kita lupakan sementara pasal entry-entry sambungan untuk cerita2 zaman sekolah sy. alihkan focus anda kepada hal yg tidak kurang pentingnya juga. okay, kali ini sy nak berkongsi sedikit ilmu yg sy dapat hasil dari pencarian di google tadi. hehe, dunia di hujung jari anda.


Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).


SUJUD SYUKUR

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu selalunya dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita  menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza  seperti mana sujud  tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkan untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan  tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sesetengah Ulama yang  berpendapat bahawa  sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali. 


walau cuma ilmu yang sedikit tetapi jika diamalkan insyaallah ganjarannya berlipat kali ganda.
selamat beramal :)



No comments: