Thursday, 13 September 2012

pantasnya masa berlalu...

Assalamualaikumm..
hai semuaa. lama tak update blog. hehe, awkward nya =,='
alhamdullillah, sy baru sahaja habis exam. TRIAL MARA SPM 2012.
ada lagi dua paper sebenarnya. tapi, dua-dua paper tu semua utk kira pointer sem ni. harap sangat pointer untuk last sem ni akan naik balik. huhu :') hmm, pointer last sem ? 

ya allah, dah last sem dah rupanya sy ni. dah nak dekat sangat dah dengan SPM ! kejap sangat masa berlalu. terasa macam baru semalam daftar sebagai pelajar ting 4 dekat mrsm kuantan ni. dah nak habis sekolah dah. tahun depan kalau ada rezeki insyaALLAH.. sambung belajar kat oversea.. aminn :) doakan sy ye...

tahun depan dah bermula lah alam baru. alam yang sy tak tahu banyak mana cabarannya. alam dewasa...
pantas sangat masa berlalu. sedar-sedar dah nak habis sekolah dah. tengok kawan-kawan.. dalam hati terdetik, lepas habis sekolah nanti macam manalah cabarannya. ada lagi tak kawan yg nak tolong sedarkan sy bila sy leka ? ada tak lagi kawan-kawan yang sudi nak dengar setiap luahan hati sy ? kawan yang sudi bersama sy masa sy down ? kawan yg boleh tolong kejut bangun subuh ? ahaahaa :')

semua ni kenangan yang akan sy bawa pergi kemana shja sy pergi nanti. manis atau pahit kenangan tu, semua tu tetap akan jadi manis once dah habis sekolah nanti. banyak sangat memori kat mrsm kuantan ni. bnyak sangat.... semuanya bnyak mengajar sy erti kehidupan, kematangan, kesabaran, kegagalan dan yang paling manis persahabatan. semuanya tak mudah dilalui kalau sendiri.. alhamdullillah.. sy ada kawan-kawan yg selalu memberi sokongan dan pendapat dan sudi dengar tangisan sy :')

ya allah..
peliharalah aku..
peliharalah imanku..
lindungi lah aku daripada cabaran dunia..
berikan aku kekuatan menghadapi cabaran dunia ini..
lindungilah orang-orang yang aku sayangi...
aminn...


No comments: