Wednesday, 22 August 2012

raya raya !

Assalamualaikum :)
hye oulsss,


heyy ! mood raya lagi laaa, hehee :)
alhamdullillah, it was a super bless hari raya. as well as the previous year :) everyone gather at our beloved hometown. walaupun, tahun ni rasa macam bnyak kehilangan sebab arwah tok ayah dan arwah mak melaka dah tak de :'(  tapi, syukur ... sepupu sepapat semua balik raya tahun ni. 

ermmm, btway. dikesempatan yg ada ni, sy dengan penuh rendah diri ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada semua yang mengenali diri ini. kepada semua kenalan rapat, kaum keluarga, guru-guru saya ingin memohon keampunan atas semua kesalahan saya. mungkin bnyak kesalahan tu tanpa saya sedari, jadi saya ingin memohon maaf. insyaallah, keberkatan syawal ni akan membantu melembutkan hati kita semua. semoga berbahagia menyambut syawal ini disamping insan yang disayangi :)

hehee, saya pun takde mood nak update blog panjang2. gambar masa raya pun takde. raya tahun ni mcam kelam kabut sikit. baju raya pun cari a few days before raya. persiapan pun macam entah pape sikit. mungkin sebab kecuakan nak trial spm tu yang mood nak raya pun dah lari, tak macam masa kecik-kecik dulu. huhuuu :D teringat masa zaman kecik-kecik dulu, semangat beraya siap bawa sling beg lagi sebab nak letak duit raya banyak-banyak. kasut raya nak yang comel-comel, siap beli stokin warna putih yang ada bulu-bulu, kasi nampak macam princess, hahahaha ! lawak la shida ni !

tahun ni, cadang nak buat tema pink. tapi, sebab kan kitorang sebelum ni pun tak penah ada tema, soo... impian nak bertema tu tak menjadi lahh. heheee. last-last, baju raya saya purple pinkish gitu. adik-beradik macam-macam colour ada. campur-campur. hahaha :)

another story masa raya hari tuu, hahahaha ... jengjeng

.
.
.
nak tahu tak, satu family saya kena sakit perut yang maha dahsyat jugak laa masa hari ke-2 raya. malam tu lagi, lepas sorang-sorang masuk toilet, pastu satu rumah bau minyak angin. kesiaaaan gila ! ehemmm, saya pun sama juga, tak terkecuali daripada kesakitan tu. haha. esoknya, semua takde mood nak beraya sebab risau nanti nak berkejar ke tandas. hahaha :) bila fikir balik lawak la pulak. gelak lagi ! we guess, kitorang dah salah makan kot. termakan makanan yg dah contaminated with something else. haha : D  ' pengalaman beraya dalam jamban ', osemmm :p

till the end, walaupun entry ni panjang juga .. hehe
again, saya ingin memohon maaf jauh dari dasar hati :)
selamat hari raya semua ......
doakan kejayaan saya dan sahabat dunia akhirat saya dalam TRIAL MARA yg bakal menjelang dan SPM tak lama je lagi .....

salam sayang, shida

No comments: