Sunday, 3 June 2012

: cerita gadis 16 tahun 5 bulan 27 hari :


bersyukur sangat sebab masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kelangsungan hidup sepanjang 16 tahun 5 bulan 27 hari duduk kat atas muka bumi ALLAH ini. alhamdullillah..


hari ini, saya nak cerita banyak-banyak pasal diri sendiri. sebab saya jarang cerita banyak pasal diri saya. kalau tak nak baca, kat tepi tuu ada butang pangkah warna merah. sila tekan laa. *uhhh, emosinya :'(
saya ni orang biasa je, lahir dalam keluarga yang serba sederhana tapi cukup lengkap dengan kasih sayang dan perhatian keluarga. ada kawan saya cakap, saya ni anak manja.. err, entah laa tak tahu part mana yg buat dia rasa saya ni manja. saya tak manja mana pun. saya hidup berdikari. kalau saya nak apa-apa saya usaha sampai saya dapat. kalau tak, tak dapat laa. bukan bermaksud saya hidup susah, tapi itulah hasil didikan ibu bapa saya. kita masing-masing ada perjalanan hidup masing-masing. saya dengan cara hidup saya sendiri.

saya ingat lagi, saya pernah minta kat ibu saya, " ibu, orang nak handset la " masa tuu rasa cam nak gila pakai handset, tapi ibu cakap, " takpayah, bukan keperluan lagi "  tapi, bila saya dah meningkat dewasa, saya pun fikir, kalau nak.. usaha sendiri la. soo, my first baby.. saya beli fon masa form 4. haaa, sebab tuu saya sayang gila kat barang-barang saya. sebab semuanya beli dengan hasil titik peluh diri sendiri. walaupun, barang tu tak berjenama pun, tapi sentimental value yg ada kat barang tu yg akan buat barang tu      amat-amat bermakna.  kalau kat sekolah, pemadam hilang pun boleh jadi tak tentu hala, hahaha :p

lagi satu, saya ni jenis yang tak bersosial. saya suka duduk rumah je. tak keluar gi mana pun. kali pertama keluar ngan kawan, masa form 4. keluar dengan classmate saya, sya azhar. masa tuu cuti sem, saya nak sangat keluar tengok movie twilight. sooo, berjaya jugak saya 'keluarkan' diri dari rumah. hehe :p
masa form 4 tak pernah keluar outing sendiri. tapi,bila dah form 5 ni.. selalu jugak keluar outing kat bandar. tapi.. azam saya kalau boleh sem 2 ni.. tak nak selalu outing lah... nak focus utk exam SPM yg semakin hampir.

disebabkan saya ni kurang bersosial, saya ni tak peramah sangat. dengan orang yg saya dah rapat.. mmg tak payah cakap hape laa.. mmg gilaaa :) tapi, kalu nak start a new conversation with a person which i didn't know.. ohh, its hard :(  saya tak suka duduk dalam keadaan yang crowd. ramai orang. rimaaas. 
yess, i admit. kena ubah sikap yang macam ni. sebab nanti susah nak bawa diri bila meningkat dewasa nanti. ituuulah yang jadi masalah sekarang ni, saya bukan jenis yang macam itu.

lagi satu, saya ni sensitif. sangaaaaaat. saya mudah ambil hati dengan apa yang orang cakap. saya mudah take serious dengan apa yang orang cakap. tapi, satu je... saya susah nak marah orang.. macam mana orang buat pun, saya diamkan je... saya suka simpan apa yang saya rasa. saya suka pendam, tak suka luahkan.. saya simpan je. until one point bila tak tahan sangat. haaaa, masa ni laa gunung berapi meletus. sape yang pernah tengok saya marah, tahulahh macam mana.
saya selalu cakap kat orang " aku tak suka marah, sebab sekali aku marah.. aku tak kan stop "

" sometimes, i would be very sensitive to certain things, and sometimes the things would be nothing for me "

apapun, saya bersyukur jadi diri sendiri.. segala yang ALLAH kurniakan kepada saya semuanya cukup lengkap.. alhamdullillah :)





No comments: