Friday, 2 September 2016

kentang

aku dah siap packing barang nak bawa balik umk, yelah ape sangatlah barang nak bawak pun. kebanyakan barang aku, aku dah siap siap tinggalkan kat stor pinggiran umk. tinggal nak daftar, amik kunci rumah and im done. cuma, aku hrap aku sihat lah hendaknya memandangkan dah dua hari aku demam on off. kejap suhu naik, kejap turun. kepala pun pening je ni. sekarang ni tengah kecoh dengan wabak denggi dekat kawasan perumahan aku, jadi ibu risau sikit selagi aku tak betul-betul kebah dan pergi cek darah. harapnya takde apa. jadi, esok plan nya lepas hantar barang and register terus balik kuantan on the spot nak pergi check up. pheww

right now, im having my supper with a big bowl of kfc loaded potato and a glass of farm fresh chocolate milk. sedap oi! siang tadi takdak selera nak makan pasal badan panas je. sekarang rasa lapar betol. 


Image result for loaded potato kfc
 

motifnya nak bagitahu loaded potato ni dah lah murah, sedap dan mengeyangkan pulak tu!

Wednesday, 31 August 2016

dunia budak batu

selepas setahun eh dua tahun dah  meng-anak tirikan blog, terima lah entri warming warming up ni. harap kalini semangat tak mudah goyah untuk kembali menulis dalam blog acewah 

ceritanya bila dah jadi budak batu ni memang tak lari dengan kerja lapangan atau selalu kitorang panggil field trip je. memang boleh dikatakan setiap sem ada je aktiviti field trip ni. tak geologist lah kalau tak keluar kelapangan gittew. dulu masa memula aku masuk kos geosains ni, i was like wondering 'apesal kena pergi fieldtrip bebanyak kalini aih tak paham betol. takkan nak tenung batu je memanjang'.
oh masa ni memang level kefahaman aku pasal kos ni berada ditahap yang membimbangkan. aku pun tak berapa paham sangat nak explain kat orang --'

rupa-rupanya, tidaklah begitu ye anak-anak. sepanjang entah berapa banyak kali pergi field trip ni baru aku perasan, setiap kali ada field work sebenarnya kefahaman kita dan ilmu kita semakin bertambah. sebab? every single of field work that we do, we learned new things! memang banyak belajar benda baru contoh kalau di awal field trip (semester kedua), kita pergi field work untuk kenal-kenal dulu ciri batuan, classified into three diff types of rocks metamorphic, igneous and sedimentary. ini kira basic. bila dah semester tiga dan empat, kita buat yang basic ni but at the same time we stepped up into another level (entri lain aku cerita okay)!

aktiviti pertama semester kedua bermula dengan Geological Mapping Junior (GMJr) conducted by our third year seniors. lebih kurang macam pre-field work class cemtu. senior yang ajar semua perkara - pakaian pergi mapping, attitude masa mapping, apa kena buat, macam mana nak label sample, baca peta, guna kompass dsb. pendek kata, depa lah yang beri early exposure pada kami, memang berguna sangaaat! thank you kakak dan abang fasi!



 yang pakai jaket warna oren tu senior kitorang. dah nak grad pun mereka ni :')


the end of May 2015, first year geoscience ada satu aktiviti coursework Geoscience Exhibition Day,  markah exhibition will contributes 20% marks untuk subj Earth process. aktiviti ni lebih kepada memberi pendedahan kepada semua mahasiswa tentang beberapa natural earth process and fenomena. ada sepuluh groups semuanya, mountain building, tsunami, tornado, landslides dan sebagainya. 

 this group won first place for 'pilihan pengunjung' haha apentah nama awardnya dah lupa -,-


this is my group and model kebanggaan kami. masih elok dekat lab geosains tu. worth blood and tears kot. punyalah susah nak membuatnya haha! we won first place untuk overall presentation almost 90% marks kot group kami dapat hehe :D

pak arham & dr muqtada, pensyarah kebanggaan geosains :')


penutup untuk semester kedua as a geoscience students : we went for two days field trip at Kuala Krai, Lata Rek, Lata Janggut, Sg Kalai and Gunung Reng.

at Kuala Krai, outcrop exposed due to hill cutting. sedimentary rock named as shale.


at Lata rek, Plutonic Igneous Rock named as granite.

  at Lata Janggut, Jeli Kelantan


my batchmates. our first field work together :)











so thats the end for semester two. will try to update on part ii or up until iii?
wait and see *kenyit mata*






Tuesday, 21 October 2014

Brotherhood 4.0 GeoThriller Camp

Hai assalamualaikum!

Fuyoo fuyoo lama dah tak update blog, the last was months ago eh kenapa shida merajuk ke? No, saje malas nak cerita update terkini chewah (konon macam ada orang kisah khenn)

well yeahh will shorten that part and straight to the point, what am i doing right now?
just got back from super thrill camping 3 days 2 nights at Pergau somewhere near to Jeli u can go google Tasik Pergau to find out more. The place was nice, hutan tebal (yeah of course lah) kehijauan yang masih asli takde masalah pencemaran dsb. 

*** FIRST DAY ***

First impression bila sampai, CANTIKKKKKNYAAAA! Serious cantik sangat udara sangatlah nyaman tapi bila datang dekat ya allah banyak sangat taik lembu ahahahahahhaah taik lembu are everywhere and we need to put up our tent dekat situ lah kahkahakhakah (thats super thrill!)

then, kitorang diperkenalkan dengan 'toilet automatik' which is sungai. muehehe memula tu geli ah, cemana ni nak pee tengah orang ramai ni weh segan gila okay tapi bia dah masuk hari kedua semua rileks je, semua orang buat benda yang sama kot. Lelaki atau perempuan semua membuang dalam sungai but! tempat lelaki dan perempuan mestilah asing kalau tak lagilah tak terkeluar nyaaaa hahahaha

nak dijadikan cerita hari pertama kitorang sampai hujan lebat and khemah kitorang naik air sobs dalam keadaan hujan lebat tu, sarung rain coat then alihkan khemah kat tempat lain. lepastu masa tu time solat asar so kitorang solat je dalam keadaan hujan alhamdullillah masa tu hujan dah reda sikit :)

Malam tu, ada aktiviti NIGHT WALK
Hahaha i tot it was jalan dalam hutan and ada seniors akan berlakon jadi hantu ke hape but i was wrong. Takde hantu pun, yang ada trek berlumpur dan berselut, licin dan bila jalan tu kaki tenggelam sampai ke paras lutut. Ya Allah, masa ni team work sangat penting kena tolong each other takleh selfish taw infact guys pun tolong tarikkan tangan girls bila kitorang takleh keluarkan diri dari selut (we wear gloves for sure!) And, me myself banyak kali jatuh tergelincir kot. Memang takde baju yang akan selamatlah kotor habiss -,-'

after night walk ingatkan dah habis lah night mare segala bagai rupanya tak, waaaaa *insert loud cry here* masa tidur malam tu, hujan lebat sangaaaat then khemah masuk air tak sedar pun taw, sedar sedar dah tidur dalam air habis basah baju, beg etc. Hahaha yang kelakarnya semua sambung je tidur sebab ngantuuuk gila buat derk jelah sebab dah mmg basahkan kat luar pun hujan lagi so tidur jelah dengan baju basah =D

***SECOND DAY***

Bangun subuh, bersihkan diri di tandas automatik :p Ohyee! Sepanjang camping ni kitorang kena sediakan sendiri makanan, kena masak sendiri so kena pepandai bajet dengan bekalan makanan yang diorang bagi (roti, beras, sardin, telur, garam, minyak, maggi dll) Dan kena masak untuk 11 orang makan. So pagi tu after sarapan, ready for Jungle Trekking and River Trekking!

Jungle + river Trekking terpaling awesome! Serious!


ini sebahagian dari trek kitorang, masa ni sempatlah snap gambar sebab baru sampai dekat check point pertama. after 2-3 hours berjalan kot, lepastu berjalan bukan free hand, kitorag bwak muatan beg yang nak dekat 15 kilos lepastu bwak bekalan makanan sekali memang kena kuat lah


Check point pertama, berhenti rehat and enjoy mandi air terjun =) Btw see those heavy hiking bags? sigh

Next, the journey continue until lah sampai dekat check point kedua, berhenti rehat dan solot zuhur dan memasak utk makan tengahhari. Nak sampai check point kedua pun tersangatlah extreme redah bongkah bongkah batu besar, semak, jeram, air deras dan sebagainya. Then, after 2 hours rest kitorang teruskan perjalanan kalini Jungle trekking pulak. Phew, cabaran dia lagilah dengan takut pacat, bukit licin, jalan licin, hujan, beg dah semakin berat sebab masa river trekking ada yang tergelincir dalam sungai so beg makin berat, memang masa ni badan cakap tak larat nak teruskan tapi mental tetap pilih nak teruskan! Yeahh! Bangga dengan diri sendiri dan coursemate sebab semua mampu habiskan perjalanan selama hampir 8 jam (tepuk tangaaaaaan yeay!)

And remember, we wont be this strong if we didnt receive strength nowhere else from Allah S.W.T! =)

So thats the journey, kalau baca apa yang aku tulis ni memang tak rasa thrill nya dan mungkin takleh imagine cemana yang kitorang rasa. Tapi kitorang geosains students, we prepared ourselves physically and mentally nak hadap semua cabaran survival sebab ini adalah sebahagian dari kos kitorang. 

Remember words from our lecturer, ' Dalam geosains kami tidak mengenal lelaki ataupun wanita yang ada cuma lelaki dan wanita wanita perkasa! '

So, itu shja dapat kongsikan semoga kitorang terus kental and kuat semangat sampai bila bila.
Personally, aku memang suka adventure so aku takde masalah pun dengan semua ni. ayah aku pesara tentera hokaaayy malulah kalau takleh nak survive dalam hutan haha


p/s : Headlamp aku hanyut dalam sungai terjatuh masa nak ambil air wudhuk hahahaha bye!